Wednesday, March 10, 2010
Memasangan KVM Dalam Ubuntu 9.10
Sepanjang minggu ini sibuk dengan KVM dalam Ubuntu 9.10 sama ada
Desktop dan juga Server. Asalnya hendak buat Xen tapi berdasarkan
perkembangan semasa melibatkan Xen, masa untuk bertukar.
Keperluan minggu ini ada dua. Satu untuk kawan dan satu untuk kerja.
1) Kawan hendak pasangkan Windows 7 dalam Notebook yang memang sedia
terpasang dengan Ubuntu. Saya pulak hendak overwrite Ubuntu sedang dia
sudah selesa dengan Ubuntu. Hanya kerana tempat kerja baru ramai yang
menggunakan Windows dan Microsoft Office terpaksalah dia pasang juga
Windows.
2) Server yang dipasang 16GB CPU Quad Core dan 3TB ruang cakera keras.
Memang sesuai sangat untuk virtual Machine (VM).
Nota rujukan saya gunakan ini
https://help.ubuntu.com/community/KVM
Untuk kerja 1) ingatkan tidak menjadi sebab dengan mengggunakan arahan
egrep '(vmx|svm)' --color=always /proc/cpuinfo
tidak menunjukkan langsung Dell Inspiron 1420 (Intel(R) Core(TM)2 Duo
Processor) ini sokong "hardware virtualsation". Apa lagi saya belasah
sahaja. Chita Usaha Jaya. Hehehe. Nampaknya KVM berjaya dipasang dan
Ubuntu Dekstop 9.10 pun boleh dipasang dalam KVM tersebut (ujian
dengan 256MB dan 4GB harddisk sahaja).
Ada juga cadangan hendak pasang Virtualbox, tapi timbul masalah hendak
compile kernel module. Hendak format sayang sebab sudah ada banyak
data.
Untuk perkara 2) masalah timbul dengan EFI-GPT yang digunakan oleh
server tersebut. Daripada rancangan asal hendak gunakan Xen dengan
Centos 5.2 sudah jadi Ubuntu Server 9.10 dengan KVM.
Untuk perkara 2 tidak habis lagi sebab perlu pasangkan dengan 2 centos
dan Openfiler. Akan bersambung lagi.
Perkara yang perlu diambil berat.
1) Jika mahu jalankan Virtual Machine gunakan OS 64bit. Untuk dapat
masalah sekiranya memori lebih 2.5GB dan juga 4TB ruang cakera keras.
2) Dengan perkembangan OS, dicadangkan Linux dicadang base OS dan
kemudian OS lain seperti Windows dipasang dalam VM
3) Selain KVM ada lagi pilihan lain untuk VM seperti VirtualBox dan Xen
--
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia
My Blog
http://blog.harisfazillah.info/
My Network
http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422
http://linuxdotmy.multiply.com/
Is Your Site Hacked?
Satu lagi alat untuk dicuba
http://www.google.com/webmasters/
As we crawl the web, we see bad content inserted on to thousands of
hacked sites each day. The number of sites attacked is staggering and
the problem is only getting worse. Hackers and spammers target and
successfully compromise any sites they can - small personal sites,
schools and universities, even multinational corporations. Spam
attacks against forums and user content sections of sites, though not
as shocking, are even more widespread.
Baca lanjut di
http://googlewebmastercentral.blogspot.com/2010/03/is-your-site-hacked-new-message-center.html
Dokumen Pelaksanaan Projek VOIP Dengan TrixBox
Projek VOIP mengguna Trixbox. Dikongsikan dokumen untuk panduan
bersama. Jika ada yang berminat lanjut tentang projek VOIP sila
hubungi terus penulis, penyusun dan ketua projek di alamat email
Sheikh Mohd Rozaimi Bin Sheikh Daud aka Pak Sheikh
Email: sheikh1976@gmail.com
http://www.scribd.com/doc/28092403/Project-VoIP-2010
Thursday, March 4, 2010
[Dunia-Digital] your boot partition is on a disk using the GPT partitioning scheme, but this machine cannot boot using GPT
Hari ini saya diberi tugas untuk memasang sistem operasi dalam sebuah
server dengan 3TB ruang cakera keras. Pada mulanya hendak gunakan
Centos 5.4 tetapi timbul masalah apabila keluar "error" ini. Selepas
membuat partition
"your boot partition is on a disk using the GPT partitioning scheme,
but this machine cannot boot using GPT"
Specs server ini menggunakan hardware RAID. Jadi apa yang berlaku
virtual volume RAID dalam konfigurasi hardware Raid telah setkan flag
GPT untuk partition tersebut. Grub dalam Centos 5.4 pada masa ini
tidak sokong GPT.
Hanya Dengan Ubuntu Server 9.10 dapat saya pasang OS dalam server
tersebut. Perbezaan hanya dalam versi Grub. Ubuntu Server 9.10 agak ke
depan versinya.
http://www.ibm.com/developerworks/linux/library/l-gpt/index.html
--
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia
My Blog
http://blog.harisfazillah.info/
My Network
http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422
http://linuxdotmy.multiply.com/
------------------------------------
To subscribe :-
dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com
Kongsikan maklumat di Web
http://www.facebook.com/pages/Dunia-Digital/216290990218
http://dunia-digital.grouply.com/
http://dunia-digital-linuxmalaysia.blogspot.com/
http://blog.harisfazillah.info/
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
dunia-digital-digest@yahoogroups.com
dunia-digital-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-digital-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/